5 Kelebihan Menjadi Perunding Hartanah (REN)

5 Kelebihan Menjadi Perunding Hartanah (REN)

 


Pertama – Anda mempunyai peluang untuk memperoleh pendapatan besar. Semuanya bergantung kepada kesungguhan dan usaha anda. Namun segalanya  berkait rapat dengan REZEKI yang ditentukan Allah. Yang penting buat betul – betul jangan main – main. InshaAllah anda akan berjaya mencapai pendapatan melebihi RM 10,000 sebulan.

 

Keduanya – Anda akan bebas menentukan jadual masa kerja anda terutama yang menjadi REN secara sepenuh masa. Ingat jangan anggap bekerja sendiri ini mudah. Apabila anda menjadi REN displin dan komitmen anda amatlah membantu dalam proses kejayaan anda. Namun anda boleh merancang masa anda dengan jadual anda sendiri.

 

Ketiga – Jika dahulu kerjaya ini dianggap sebagai orang tengah sahaja (broker) namun kini kerjaya sebagai REN ini menjadi profesion yang diidamkan oleh ramai anak muda. Apa tidaknya kerjaya REN memerlukan anda berurusan dengan pelbagai pihak samada dari client anda, bakal pembeli, peguam hartanah, jurunila dan pegawai bank. Ramai juga di kalangan REN ini adalah dari profesional lain seperti guru dan pegawai bank. Jangan pandang lekeh ye.

 

Keempat – Ilmu dan kemahiran sebagai seorang REN akan menjadi semakin bertambah. Ini kerana anda akan diberi latihan daripada agensi dan belajar dari pengalaman anda apabila bermula sebagai REN. Ingat jangan takut untuk belajar dan membuat kesilapan. Lazimnya hampir semua agensi menyediakan latihan untuk bakal REN mereka untuk memastikan anda semua kompetatif dalam industri ini.

 

Kelima – Apabila menjadi seorang REN anda secara tidak langsung akan mempelajari ILMU KEWANGAN. Iyelah anda dikehendaki untuk menyemak kelayakkan pinjaman bakal pembeli rumah. Lama kelamaan anda akan faham kenapa pentinnya ilmu kewangan dan apa yang harus dilakukan untuk membolehkan pihak bank meluluskan pinjaman perumahan untuk pelanggan anda. Secara tidak langsung anda akan celik kewangan juga.


#ejenhartanah #ejenhartanahkuantan #perundinghartanah #tipskerjaya


Catat Ulasan

0 Ulasan