PART 2 : ANWAR “THE UNTOLD STORY”
Hujan emas di negeri orang, hujan batu di negeri sendiri. Mei 2016 firma tempat aku praktikal zaman belajar dulu call, tanya nak kerja di Kuantan tak ? Bagai orang mengantuk disorongkan bantal. Peluang keemasan untuk balik ke negeri kelahiran koi 😀
Setelah 3 tahun lebih menjadi perunding perancang bandar di firma tu, aku lagi sekali berhijrah ke tempat kerja baru. Kali ni sebagai pelukis pelan. Dan waktu inilah Corona bana melanda. Dapat la merasa work from home beberapa bulan. Tapi tak best sebab gaji kene potong separuh wei time ni.
Tahun 2021 aku dapat kerje kerajaan tapi secara kontrak. Dapat pengalaman macam mane struktur kerajaan negeri berfungsi. Dan kat situlah aku yang background teknikal ni terpaksa belajar bidang pengurusan. Lari terus dari bidang asal aku. 2 bulan sebelum habis kontrak aku dah resign lagi 🤣
Tahun 2022 aku mulakan kerjaya sebagai freelancer . Macam – macam kerja aku buat dari proposal mohon tanah kerajaan, perlombongan, dan pertanian. Namun kerja tanpa pasukan tak boleh pergi mana. Bila takde job aku dah goyang. Komitmen tetap kene bayar tiap bulan. So aku pon resign lagi 😅
Akhirnya September 2022 aku mula cari kerja balik. Dan aku jumpa iklan bos Syukor Karnaini . Terus pm beliau dan pergi interview hari tu jugak dengan HOB Protasa Properties Kuantan Mohd Kamil .
Sekarang aku adalah Perunding Hartanah atau orang kampung panggil REN. Dengan title REN ni aku membantu proses jual beli atau sewa rumah, tanah, kedai dan kilang. Berbekalkan pengalaman dari kerja - kerja aku yang banyak sebelum ni banyak membantu aku dalam bidang hartanah ni.
Kawasan jajahan aku adalah seluruh negeri Pahang & Terengganu. Dimana ada rumah atau tanah di situ ada aku. Dari hutan rimba sampai ke bandar aku berkhidmat.. Dan sekarang aku bahagia membantu pemilik jual harta mereka dan bantu pembeli beli hartanah mereka. Kerja sendiri takkan nak resign jugak kan 🤣
Best ke jadi REN ni ? Jadi REN ni kerja die macam usahawan. Ko kene kerja lebih kuat untuk dapat gaji. Sebab tu korang nampak aku rajin sekarang ni menulis kat facebook. Kan dah masuk wayang cerita aku ni 😅
Korang yang ingin tengok hasil kerja aku boleh follow Anwar Harun atau tengok content lain kat sini https://linktr.ee/anwar5595 .Macam - macam ada. Terima kasih sudi baca sampai habis .

0 Ulasan