Siapa Ejen Tanah Kuantan ?

Siapa Ejen Tanah Kuantan ?

 



ANWAR BIN HARUN mempunyai Ijazah Sarjana Muda Perancangan Bandar & Wilayah, UTM Skudai. Setelah bergraduasi pada tahun 2014, beliau memulakan kerjaya dalam bidang Perunding Perancang Bandar dan banyak terlibat dalam aktiviti penyedian pelan susun atur (layout) dan Laporan Cadangan Pemajuan (LCP) untuk tujuan Kebenaran Merancang (KM).

Minat yang mendalam dalam bidang teknologi mendorong beliau untuk mencuba teknologi - teknologi baru yang berkaitan dengan kerjaya sebagai perunding. Antara tekno;ogi yang dipelopri beliau adalah penggunaan drone untuk pemetaan dan penghasilan gambar serta video udara. Selain itu, beliau juga cenderung kepada bidang Geographic Information System (GIS) dan seterusnya mendorong beliau untuk belajar teknologi dron dalam pemetaan.

Akhirnya setelah menghadiri pelbagai latihan dan kursus berkaitan dron dan GIS sejak 2017, beliau memulakan perniagaan ini secara bersendirian. Pengalaman beliau sebagai perunding perancang bandar dan kemahiran beliau dalam GIS digabungkan untuk melaksankan kerja - kerja berkaitan pemetaan di lapangan.

Sewaku negara dilanda COVID pada tahun 2020 perniagaan beliau turut terjejas disebabkan PKP dan mendorong beliau untuk menceburi bidang hartanah. Pada tahun 2022, secara rasminya beliau telah bernaung di bawah PROTASA PROPERTIES SDN BHD dan aktif dalam bidang hartanah sehingga kini.

Anwar menjalankan aktiviti hartanah di seluruh negeri Pahang dan kawasan berdekatan. Sekiranya tuan / puan memerlukan khidmat perunding hartanah untuk menguruskan jualan atau mencari hartanah tuan puan boleh berhubung terus dengan beliau di talian 019-709 2723.

Semoga beliau dimurahkan rezeki dan sentiasa dikurniakan kesihatan. 


#ejentanahkuantan
#perundinghartanahkuantan
#ejenrumah


Catat Ulasan

0 Ulasan