Interface Aplikasi MyLot pada smartphone |
Aplikasi Mylot dari JUPEM ni sebenarnya amat membantu dalam mencari lokasi lot tanah atau rumah menggunakan geran ataupon koordinat. MyLot ni boleh didownload secara percuma di Play Store dan App Store.
MyLot ni boleh guna untuk cari lot yang telah ada hak milik muktamad. InshaAllah ada dalam ni. Kalau Lot PT jangan cari memang confirm takkan keluar 😅.
Korang kene masukkan no lot, mukim, daerah dan negeri dalam ruang yang disediakan tu dan tekan butang search. Ruang seksyen tu biarkan kosong tak perlu isi takpe.
Kalau ade koordinat tanah pon boleh jugak . Guna ruangan koordinat tu. Dah isi maklumat tekan jek butang search. Bila keluar hasil carian tu tekan jek gambar bumi tu.
Namun, kalau untuk mencari batu sempadan anda tetap memerlukan khidmat Juruukur Tanah Berlesen (JTB). Saya dah try cari guna MyLot tapi tak jumpe. Melainkan batu sempadan yang baru dan masih jelas kewujudannye boleh la jumpe. Kalau batu sempadan tu hilang atau tertimbus sampai sudah takkan jumpe.
Ini disebabkan ketepatan GPS pada smartphone tidak sehebat alatan yang digunakan juruukur. Tambahan pula JTB ni akan semak koordinat batu sempadan dengan beberapa batu sempadan lain.
Nanti sambung lagi panjang dah ni sape nak bace.....
2 Ulasan
Kalau nak buat carian no PT macamana tuan? Ada cara lain tak?
BalasPadamUntuk lot PT tuan kene ke pejabat tanah atau kena guna perkidmatan juurukur
Padam